Tabung Bencana

Tabung Bencana ini adalah platform untuk masyarakat yang berhasrat untuk membuat sumbangan bagi meringankan beban mereka yang menghadapi bencana.

Entiti Qurban
Lokasi
Penerima Agihan
Price

Sidebar Subcategories Sidebar Subcategories

Sidebar Subcategories
Medan Waqf (257)

Featured Vendors Featured Vendors

Out of stock
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera, Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS)  dengan kerjasama Persatuan ADAB Gemilang dan Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS) mengambil tanggungjawab untuk membantu urus dan menyelaraskan BANTUAN BARANGAN ASAS BANJIR HULU LANGAT 2020 . Sumbangan dana adalah diperlukan sebagai persediaan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:- Bank: RHB 2124 5760 0257 93 (Persatuan ADAB Gemilang) Rujukan: Banjir HL ATAU, melalui pautan di bawah:
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera, Kami ingin mempelawa seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama membantu dalam  #KONGSIREZEKI: MISI BANTUAN BENCANA BANJIR PANTAI TIMUR 1442H  yang kini sedang menerima ujian.  Sasaran kami adalah menyediakan 1,000 pek barang keperluan asas pasca banjir yang bernilai RM50.00 setiap satu.  Bagi yang berminat untuk mendaftar sebagai Sukarelawan, sila hubungi kami segera.  JANGAN TUNGGU LAGI Ayuh sama-sama kita membantu! 
Out of stock
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera, Kami ingin mempelawa seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama membantu dalam  #KONGSIREZEKI: PANGGILAN SUKARELAWAN BANJIR 2.0  yang kini sedang menerima ujian.  Sehubungan itu, kami ingin menyeru kepada orang ramai, terutama golongan belia untuk bertugas sebagai sukarelawan di Program  PANGGILAN SUKARELAWAN 2.0  seperti berikut:- Tarikh : 6 November 2020 | 20 Rabiul Awwal 1442H Masa : 8:30 pagi - 12:30 tengahari Tempat : Masjid Al-Ehsan Sungai Serai, Hulu Langat Bagi yang berminat untuk mendaftar sebagai Sukarelawan, sila hubungi kami segera di nombor yang tertera:  Sdra. Irsyad Takiyudin (+6[kosong]16-665-0491) Ayuh sama-sama kita membantu! 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera, Kami ingin mempelawa seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama membantu dalam mereka yang kini sedang menerima ujian wabak COVID-19 yang berpanjangan di dalam  MISI BANTUAN COVID19 ANJURAN BAKIT .  Kami mensasarkan untuk mengumpulkan dana berjumlah RM150,000 untuk digunakan bagi: Penyediaan PPE untuk Petugas Barisan Hadapan  (Frontliners) Bantuan keperluan barang dapur Ayuh sama-sama kita membantu! 
[DERMA KILAT] السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Buat para dermawan yang dirahmati Allah,  Kami sentiasa cakna dalam menghadapi situasi bencana terutamanya hujan lebat dan angin kencang seperti yang berlaku di Madrasah Baitunnisa Ar-Rahimiyah Lil-Banat pada 16 Safar 1443H, bersamaan 22 September 2021. Sehubungan itu, kami di  Persatuan Belia Masjid Negri Sembilan  mengambil tanggungjawab untuk membantu urus dan menyelaraskan misi  DERMA KILAT BAIKI BUMBUNG BENCANA RIBUT DI MBALB . Klik untuk meneruskan jariah anda: Kami mengharapkan sumbangan seikhlas hati demi meringankan beban mereka, apatah lagi semua...
On backorder
PANGGILAN KECEMASAN JANGAN ABAIKAN MESEJ INI! Berikutan banjir yang berlaku di sekitar negeri Johor, ada sebahagian penduduk telah terjejas apabila air mula memenuhi ruangan rumah sehingga paras yang membimbangkan. Keadaan ini akan menyebabkan kerosakan dan kemusnahan harta benda dan tempat tinggal penduduk. Sehubungan dengan itu, Persatuan Belia Masjid Johor (PBMJ) dengan kerjasama Yayasan Peradaban Jawi Nusantara telah melancarkan TABUNG DERMA KILAT BENCANA BANJIR SELATAN bagi menyampaikan bantuan kepada penduduk-penduduk sekitar Johor yang terjejas dan memerlukan bantuan serta sumbangan. Kami mensasarkan sebanyak RM...
Alhamdulillah Hari Jumaat yang mulia penghulu segala hari kita mulakan dengan selawat dan sedekah lebih-lebih lagi di Bulan Rejab yg mulia.  Di antara kelebihan yang terdapat di dalam bulan Haram ini ada disebutkan oleh Al-Hafiz Ibn Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat Ibn Abbas yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. [Tafsir Ibn Kathir, 4:130]  Untuk pengetahuan semua, setakat ini terdapat 30 maahad tahfiz yang telah...
In stock
[DERMA KILAT] السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Buat para ahli koperasi yang dirahmati Allah,  Kami sentiasa cakna dalam menjaga kebajikan ahli-ahli koperasi dalam menghadapi situasi kecemasan seperti bencana banjir yang hadir secara tidak di jangka.Oleh yang demikian, pihak koperasi mengambil inisiatif untuk melancarkan kutipan derma kilat sebagai persediaan untuk membantu ahli-ahli koperasi yang menghadapi kesusahan di masa akan datang. Klik untuk meneruskan jariah anda: Kami mengharapkan sumbangan seikhlas hati daripada kalangan ahli koperasi demi menjaga ukhuwah dan silaturrahim antara kita. مَا نَقَصَتْ...
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. Pada 14 Januari 2021 (Jumaat), sekitar jam 10 malam, salah seorang pelatih Silat Setiabakti, Sdra. Khasan, telah ditimpa musibah kebakaran yang berpunca daripada litar pintas. Sdra. Khasan yang duduk seorang diri di Flat Taman Bakti peninggalan arwah emaknya, dianggarkan menanggung kerugian dan kemusnahan lebih kurang 80% harta dan barangan di dalam rumah akibat kemalangan ini. Oleh itu, Persatuan Seni Silat Setiabakti Malaysia melancarkan  TABUNG DERMA KILAT KEBAKARAN untuk membantu kebajikan mangsa bagi meneruskan kehidupan.  Ayuh bersama-sama kami membantu meringankan beban Sdra. Khasan. Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan Sdra. Kodir menerusi talian  WhatsApp .