Penerangan
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera,
Kami sentiasa cakna dalam menghadapi situasi bencana terutamanya banjir kilat seperti yang berlaku di beberapa buah negeri di Pantai Timur. Mangsa banjir sentiasa memerlukan bantuan dan sokongan moral serta khidmat kepakaran daripada pelbagai pihak termasuk bantuan kesukarelawanan, sumbangan barangan keperluan, psikososial dan sebagainya secara berterusan.
Sehubungan itu, Kelab Sukarelawan Al Hijrah Kota Warisan (SURAH)Â dengan kerjasama Persatuan Belia Masjid Pahang (PBMP) dan Persatuan Belia Masjid Kelantan (PBMK)Â mengambil tanggungjawab untuk membantu urus dan menyelaraskan MISI BANTUAN BENCANA BANJIR PANTAI TIMUR 1442H. Sumbangan dana adalah diperlukan sebagai persediaan.
Sasaran kami adalah menyediakan 1,000 pek barang keperluan asas pasca banjir yang bernilai RM50.00 setiap satu.Â
Bagi yang berminat untuk mendaftar sebagai Sukarelawan, sila hubungi kami segera.Â
Selain itu juga, bagi memastikan segala perancangan misi bantuan banjir diurus dan diselaras dengan baik, sukacita diingatkan agar semua pihak mematuhi garis panduan MKN di dalam menangani wabak Covid-19.
Semoga Allah membalas segala jasa baik antum semua.Â
Jazakumullahu khayran katsira...
Ulasan
No posts found