Sila baca terma dan syarat dengan teliti sebelum menggunakan laman Portal EQ2U https://eq2u.com.my/ laman web dan aplikasi telefon bimbit EQ2U (perkhidmatan ini) yang diuruskan oleh Persatuan Belia Masjid Selangor
Dengan melayari atau menggunakan Perkhidmatan ini, anda bersetuju dengan Terma-terma ini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian Terma ini, anda tidak dibenarkan menggunakan Perkhidmatan Laman ini.
Had dan Tanggungjawab
Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau percontohan, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:
Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini
Kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada portal ini
Akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda
Kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman portal ini atau
Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan laman portal ini.
Pautan
Kami boleh menyediakan pautan kepada laman portal yang lain. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, kami tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut
Penamatan
Kami mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan laman portal atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana kami mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.
Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan
Kami mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.
Ringkasan
Entiti Qurban yang berdaftar perlulah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Pengurusan Portal equrban2u. Produk dan pakej yang ditawarkan perlulah memenuhi hukum syarak yang telah ditetapkan. Pihak Pengurusan Portal equrban2u berhak menarik balik bagi entiti yang tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Caj bagi setiap transaksi adalah 1.06% + RM1.50 (kos payment gateway). Wang akan disalurkan ke akaun Vendor dalam masa 14 hari bekerja.