Kotak Rezeki 4 Siswa

Stok habis
0.00
(0 ulasan)Tulis ulasan
Harga Poin:10 poin
Brand: KMUM API
RM1000
This item is sold by
Store rating:
0.00
Lokasi:
Telpon:

Description

Kotak Rezeki 4 Siswa

Program ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh pihak Kesatuan Mahasiwa Universiti Malaya, Akademi Pengajian Islam (KMUM API) dalam memastikan kebajikan mahasiswa sentiasa terjaga dan terjamin. Inisiatif ini dijalankan adalah bertujuan memfokuskan kepada mahasiswa yang berada di luar kampus yang terjejas dari aspek kewangan mahupun bekalan keperluan asas. Menyedari keadaan semasa yang banyak membawa perubahan kepada kehidupan manusia berikutan wabak Covid-19, secara tidak langsung menjejaskan norma kehidupan masyarakat dalam pelbagai aspek. Kebanyakan individu hilang pekerjaan, kekurangan sumber pendapatan mahupun kesulitan dalam menghadapi kehidupan seharian. Walau bagaimanapun, usaha dalam membendung wabak ini giat dilaksanakan di samping pelbagai bantuan telah disediakan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh rakyat. 

Di samping itu, memperlihatkan situasi ini juga, kelompok mahasiswa juga tidak lari daripada terkena tempias serta terkesan dengan keadaan yang sedang berlaku. Umum mengetahui bahawa mahasiswa di seluruh negara akan memulakan sesi pembelajaran bermula bulan Oktober 2021. Ada di antara mereka yang menginap di kolej kediaman dan selebihnya, ada yang menginap di rumah sewa. Justeru, bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mahasiswa di luar kampus, pihak KMUM API mengambil inisiatif ini untuk menyediakan bekalan keperluan asas kepada mereka. Kami juga memahami bahawa banyak kos yang perlu ditanggung seperti bayaran sewa, kos pengangkutan, utiliti dan sebagainya. Semoga dengan sumbangan ini, serba sedikit dapat mengukir senyuman kegembiraan di wajah para mahasiswa dalam menjalani sesi pembelajaran dengan lancar. 

" Daripada Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah SWT akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan di Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah SWT akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang Muslim, Allah SWT akan menutup (aurat atau keaiban) nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya. (Riwayat Muslim) "

Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi:

Saiful Izuan (018-2261391)                                                                                                                                                              Afiqah Razlee (019-6257827)

Features

Categories:
  • Program Kebajikan
Country:
Malaysia
States:
Kuala Lumpur

Reviews

Average Star Rating:
0.00 (0 ulasan total)
  • 5 star
    0
  • 4 star
    0
  • 3 star
    0
  • 2 star
    0
  • 1 star
    0
Have you used the product?
Tell us something about it and help others make the right decision
Show reviews with:
5 star (0 ulasan)
4 star (0 ulasan)
3 star (0 ulasan)
2 star (0 ulasan)
1 star (0 ulasan)

Tidak ada posting yang ditemukan

Product inquiry