Kongsi Rezeki #Aidiladha

Program #KongsiRezeki #Aidiladha adalah program kebajikan yang dianjurkan oleh Persatuan Belia Masjid Selangor dalam mengajak masyarakat di luar sana untuk sama-sama berkongsi sedikit rezeki yang Allah kurniakan bersama masyarakat komuniti yang memerlukan.

Alhamdulillah, hasil sokongan masyarakat di luar sana yang prihatin, kami telah berjaya melaksanakan Program #KongsiRezeki #Syawal dengan penerima-penerima seperti berikut:

  • Fasa 1: 56 Keluarga Mualaf Masyarakat Orang Asli dari kariah Surau Al-Hidayah, Kampung Orang Asli Sg Lalang Baru, Semenyih
  • Fasa 2: 45 Keluarga Asnaf Masjid Kg Kuala Pajam, Beranang
  • Fasa 3: 45 Keluarga Asnaf kariah Surau Al-Falah Kg Sesapan Kelubi, Beranang
  • Fasa 4: 105 Keluarga Asnaf kariah Masjid Bandar Riching
  • Fasa 5: 21 Buah Maahad Tahfiz di Semenyih
  • Fasa 6a: 34 keluarga Asnaf kariah Masjid As-Salam Puchong Perdana
  • Fasa 6b: 30 keluarga Asnaf kariah Surau Al-Falah PPR Kerinchi
  • Fasa 6c: 30 keluarga Asnaf kariah Masjid Taman Taming Jaya
  • Fasa 6d: 30 keluarga Asnaf kariah Masjid Kuala Kubu Bharu

   

Kini, kami meneruskan Program #KongsiRezeki sempena Sambutan Aidiladha