Penerangan
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
STIQDAT memudahkan anda mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui penyertaan program ibadah qurban secara terancang, teratur dan tenang.
Anda boleh memilih untuk menyertai mana-mana Program Ibadah Qurban yang ada di dalam platform EQ2U ini apabila tabungan selesai samada di :
- Masjid-masjid dan Surau-surau
- Maahad-maahad Tahfiz
- Perkampungan Orang Asal/Asli
- Rumah-rumah Kebajikan
Tabungan dicadangkan bermula selewat-lewatnya pada Jun 2024 untuk pakej seperti dibawah:
Sekiranya anda ingin membuat tabungan selain daripada pakej dibawah boleh terus menghubungi wakil kami Puan Norasimah Binti Omar di talian 011-3325 6684 bagi perbincangan lanjut.
A) CONTOH PENGIRAAN TABUNGAN UNTUK IBADAH QURBAN PADA TAHUN 2025 M / 1446 H :-
BULAN | POTONGAN (RM) | TUJUAN |
Jun 2024 | RM 50.00 + 100.00 | Pendaftaran STIQDAT DAN Tabungan pertama |
Julai 2024 - Feb 2025 | RM 50.00 | 8 bulan tabungan |
Mar 2025 - April 2025 | RM 200 + RM200 | 2 bulan tabungan |
JUMLAH = RM50.00 + 100.00 + (RM50.00 x 8 bulan tabungan) + (RM200.00 x 2 bulan tabungan)= RM 950.00
*NOTA: Pengiraan di atas mengambil kira faktor-faktor seperti dibawah:-
- 1 Nasab (Bahagian) = RM 900.00
- Bagi mereka yang berhajat menabung melalui potongan Gaji Melalui ANGKASA, borang permohonan hendaklah diuruskan wakil pihak Koperasi supaya lengkap diserahkan sebelum atau pada 15/07/2024.
- Potongan akan mula dilakukan pada gaji bulan September 2024.
- Jadual pemotongan di atas adalah sekadar contoh yang menggambarkan Jumlah yang perlu dipotong sekiranya berhajat untuk melaksanakan Program Ibadah Qurban pada tahun 1446 H / 2025 M.
DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENYERTAAN:-
- Borang Biro ANGKASA
- Borang Pendaftaran STIQDAT
- Salinan Penyata Gaji Bulan Terkini
- Salinan Kad Pengenalan
B) CONTOH PENGIRAAN TABUNGAN UNTUK IBADAH QURBAN PADA TAHUN 2026 M / 1447 H :-
BULAN | POTONGAN (RM) | TUJUAN |
Jun 2024 | RM 50.00 | Pendaftaran STIQDAT |
Julai 2024 - Disember 2025 | RM 50.00 | 18 kali tabungan |
JUMLAH = RM 50.00 + (RM50.00 X 18 bulan tabungan) = RM 950.00
*NOTA: Pengiraan di atas mengambil kira faktor-faktor seperti dibawah:-
- 1 Nasab (Bahagian) = RM900.00 ( harga semasa.sekiranya ada perubahan pada tahun mendatang, tabungan perlu di teruskan untuk cukupkan tabungan)
- Bagi mereka yang berhajat menabung melalui potongan Gaji Melalui ANGKASA, borang permohonan hendaklah diuruskan wakil pihak Koperasi supaya lengkap diserahkan sebelum atau pada 15/07/2024
- Potongan akan mula dilakukan pada gaji bulan September 2024.
- Jadual pemotongan di atas adalah sekadar contoh menggambarkan Jumlah yang perlu dipotong sekiranya berhajat untuk melaksanakan Program Ibadah Qurban pada tahun 1447H / 2026M.
Klik butang "Daftar Sekarang" dibawah.
Ulasan
No posts found