Program Ibadah Qurban

Salam, 

Kami dari Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS) turut merasakan gerak nadi umat Islam untuk melaksanakan syariat Ibadah Qurban pada tahun ini walaupun berdepan cabaran pandemik COVID-19 yang melanda.

Disebabkan oleh  pelbagai kekangan SOP akibat dari wabak COVID 19 yang dihadapi oleh pelbagai pihak, maka kemungkinan besar terdapat pihak-pihak yang tidak dapat menjalankan Ibadah Qurban pada tahun ini. Atas dasar tanggungjawab dan keprihatinan pihak PBMS terhadap isu ini, maka kami menawarkan bantuan perkhidmatan menguruskan Ibadah Qurban kepada pihak yang berhajat untuk menunaikan syariat qurban yang diamanahkan oleh penasab-penasab. Apatah lagi pada kondisi semasa ini lebih ramai lagi golongan asnaf dan fakir miskin yang  sangat-sangat mengharapkan agihan daging korban.

Oleh itu pihak PBMS menawarkan khidmat pengurusan Ibadah Qurban melalui portal EQ2U ini berdasarkan SOP dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berwajib. Namun syariat korban tetap boleh dijalankan demi memenuhi seruan ibadah yang mengikut aturan, insha Allah. Pakej perkhidmatan yang ditawarkan bermula dari bekalan lembu sehinggalah kepada agihan daging korban kepada bakal penerima.

Carta Alir Proses Pengurusan Ibadah Qurban melalui portal EQ2U

Flow%20Proses%20Ibadah%20Qurban%202-2.pn

EQ2U: Ekonomi Qurban Untuk Ummah

Untuk sebarang pertanyaan sila berhubung dengan:

  • En Aliff Razuki: 013-672 4313 
  • Ust Shahril: 013-207 9409

Pautan Berkaitan:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia      Lembaga Tabung Haji

Entiti Qurban (1)
Lokasi
Penerima Agihan
Price