Penerangan
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
Kami ingin menjemput masyarakat untuk menyertai Program Ibadah Qurban Perdana 1444H melalui Skim Tabungan Ibadah Qurban Dalam Talian (STIQDAT) kerjasama Wasiyyah Shoppe Berhad, Yayasan Peradaban Jawi Nusantara (YPJN) dan Institut Tahfiz Al-Quran Lil Muttaqin (INSTAQLIM).
Program STIQDAT ini bermatlamat untuk memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk menyertai program Ibadah Qurban secara terancang melalui tabungan bulanan tanpa membebankan semua pihak, di samping dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT dan membantu pihak-pihak yang wajar menerima agihan daging qurban.
Penyertaan Qurban Perdana 1444H ANJURAN BERSAMA WSB DAN YPJN KINI DIBUKA!
1 Nasab (1 Bahagian) = RM 850.00
Kaedah Penyertaan:
- "Add To Cart" dan "Check Out" melalui Platform EQ2U. Bayaran Penuh.
- Ansuran untuk Program Qurban turut disediakan.
- Pelan Tabungan 1 = RM170.00 x 5 bulan
- Secara Potongan Standing Instruction (e-SI)
Kelebihan Membuat Ibadah Qurban Bersama Kami:
- Berpengalaman menguruskan lebih 490 bahagian (nasab) pada Ibadah Qurban 1441H, 1442H dan 1443H, yang mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan
- Berpengalaman menguruskan Program Ibadah Qurban sejak tahun 2008
- Perlaksanaan Ibadah Qurban DALAM NEGARA bagi membantu penternak TEMPATAN
- Skim Tabungan Ibadah Qurban Dalam Talian (STIQDAT) yang mendapat kelulusan JAKIM
- Kebenaran mengambil deposit luar dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menerusi STIQDAT
- Rakan Strategik bersama Persatuan Belia Masjid Negeri-Negeri dan Cawangan
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-
- CIK NORA : +6011-3325 6684 (YPJN)
- PN AYU : +6019-365 4871 (YPJN)
- PN ATI : +6010-226 0650 (YPJN)
TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 1 JUN 2023M
Ansuran Tabungan Qurban bulanan, anda boleh klik pada pautan berikut
Ulasan
No posts found