Salam,
Kami dari Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS) turut merasakan gerak nadi umat Islam untuk melaksanakan syariat Ibadah Qurban pada tahun ini walaupun berdepan cabaran pandemik COVID-19 yang melanda.
Disebabkan oleh pelbagai kekangan SOP akibat dari wabak COVID 19 yang dihadapi oleh pelbagai pihak, maka kemungkinan besar terdapat pihak-pihak yang tidak dapat menjalankan Ibadah Qurban pada tahun ini. Atas dasar tanggungjawab dan keprihatinan pihak PBMS terhadap isu ini, maka kami menawarkan bantuan perkhidmatan menguruskan Ibadah Qurban kepada pihak yang berhajat untuk menunaikan syariat qurban yang diamanahkan oleh penasab-penasab. Apatah lagi pada kondisi semasa ini lebih ramai lagi golongan asnaf dan fakir miskin yang sangat-sangat mengharapkan agihan daging korban.
Oleh itu pihak PBMS menawarkan khidmat pengurusan Ibadah Qurban melalui portal EQ2U ini berdasarkan SOP dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berwajib. Namun syariat korban tetap boleh dijalankan demi memenuhi seruan ibadah yang mengikut aturan, insha Allah. Pakej perkhidmatan yang ditawarkan bermula dari bekalan lembu sehinggalah kepada agihan daging korban kepada bakal penerima.
EQ2U: Ekonomi Qurban Untuk Ummah
Untuk sebarang pertanyaan sila berhubung dengan:
Pautan Berkaitan:
Platform EQ2U: Ekonomi Qurban Untuk Ummah adalah sebuah platform yang dibangunkan secara bersama oleh Yayasan Peradaban (Bani) Jawi Nusantara dengan kerjasama penyedia perkhidmatan kewangan Billplz.
Matlamat utama platform ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada semua organisasi seperti Masjid, Surau, Pertubuhan Bukan Kerajaan, Yayasan, Badan-Badan Kebajikan, Maahad-Maahad Tahfiz, Penternak-Penternak dan Syarikat-Syarikat yang bergiat secara aktif di dalam program-program Kebajikan secara amnya dan program-program terkait Ibadah Qurban secara khususnya.
© 2022 - 2024 Yayasan Peradaban (Bani) Jawi Nusantara. Powered by Multi-Vendor - Shopping Cart Software Design by EnergoThemes - CS-Cart Themes