Masjid Dan Surau

Salam, 

Kami dari Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS) turut merasakan gerak nadi umat Islam untuk melaksanakan syariat Ibadah Qurban pada tahun ini walaupun berdepan cabaran pandemik COVID 19 yang melanda.

Disebabkan oleh  pelbagai kekangan SOP akibat dari wabak COVID 19 yang dihadapi oleh Masjid dan Surau, maka kemungkinan besar terdapat Masjid dan Surau yang tidak dapat menjalankan Ibadah Qurban pada tahun ini. Atas dasar tanggungjawab dan keprihatinan pihak PBMS terhadap isu ini, maka kami menawarkan bantuan perkhidmatan menguruskan Ibadah Qurban kepada Masjid dan Surau yang berhajat untuk menunaikan syariat Qurban yang diamanahkan oleh penasab-penasab. Apatah lagi pada kondisi semasa ini lebih ramai lagi golongan asnaf dan fakir miskin yang  sangat2-sangat mengharapkan agihan daging korban.

Oleh itu pihak PBMS menawarkan khidmat pengurusan Ibadah Qurban melalui portal EQ2U ini berdasarkan SOP dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berwajib. Namun syariat korban tetap boleh dijalankan demi memenuhi seruan ibadah yang mengikut aturan, insha Allah. Pakej perkhidmatan yang ditawarkan bermula dari bekalan lembu sehinggalah kepada agihan daging korban kepada bakal penerima.

Carta Alir Proses Pengurusan Ibadah Qurban melalui portal EQ2U

Syariat Qurban Tanda Kesyukuran 

Untuk sebarang pertanyaan sila berhubung dengan:

  • En Aliff Razuki: 013-672 4313 
  • Ust Shahril: 013-207 9409

Entiti Qurban
Lokasi
Penerima Agihan
Price
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Anda dijemput untuk berkorban melalui kemudahan STIQDAT. Anda boleh memilih pelbagai pakej tabungan berdasarkan kemampuan. Hanya dengan tabungan serendah RM 50 sebulan anda mampu berkorban. Ibadah anda kini lebih terancang, teratur dan tenang.  Ayuh daftar niat anda sekarang. Klik butang "Daftar Sekarang" dibawah. .
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kami ingin menjemput masyarakat untuk turut sama menyertai  Program Ibadah Qurban Perdana 1444H  melalui Skim Tabungan Ibadah Qurban Dalam Talian (STIQDAT) anjuran bersama  MASJID JUMHURIAH TAMAN DATO HARUN  dengan kerjasama Yayasan Peradaban Jawi Nusantara (YPJN) Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS). Program STIQDAT ini bermatlamat untuk memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk menyertai program Ibadah Qurban secara terancang melalui tabungan tanpa membebankan semua pihak, di samping dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT dan membantu golongan sasar yang layak sebagai penerima utama...

Reviews

No data found

Tulis ulasan anda