INSTAQLIM

Ust Shahril INSTAQLIM
27/08/2020
0

FRAME KHAT ASSALAMUALAIKUM | Shopee Malaysia

Buat para budiman. Kami di eq2u.com.my (eq2u) mengucapkan jutaan terima kasih atas  segala sokongan dan dorongan yang diberikan atas kelangsungan platform kami. Untuk kesekian kalinya kami inginmengambil ruang yang diizinkan Allah untuk memohon sumbangan bagi program pendidikan Tahlil & Doa Selamat. 

Di dalam masa yang sukar hari ini, semua pihak terkesan termasuk Maahad Tahfiz. Oleh itu, Persatuan Belia Masjid Selangor atas dasar prihatin, melalui portal eq2u, satu program #kongsirezeki : Tahlil diwujudkan. Program ini bermatlamat mengajak masyarakat menyumbang dari segi kewangan dengan niat membantu pendidikan pelajar-pelajar Tahfiz yang sedang belajar menyantuni masyarakat melalui acara Doa Selamat, Solat Hajat, Tahlil dan lain-lain dengan penyesuaian terhadap normal baru dan menetapi SOP. 

Masyarakat juga boleh menyertakan nama-nama yang dihajatkan serta doa melalui platform ini. Melalui infaq ini, sekurang-kurangnya makan minum pelajar sepanjang program ini dapat dijaga. Malah pihak PBMS  juga akan memanjangkan jariah dari sumber ini kepada program #kongsirezeki yang lain dengan menjamu para asnaf. Pastinya pelajar-pelajar Tahfiz ini sendiri yang akan memanjangkan jariah tersebut melalui program #dapur asnaf. Bayangkan dengan hanya RM 10.00, jariah yang berterusan tidak dapat dinilai oleh manusia sendiri.

Ayuh berjariah!

#kongsirezeki

#tahlildoaselamatsolathajat

#makansamasama

#samasamarasa

Komentar

Tidak ada posting yang ditemukan