eq2u

Ust Shahril INSTAQLIM
13/11/2020
0

Assalamualaikum w.b.k.t.

Terima kasih yang tidak terhingga buat para penyumbang yang budiman. Siapa sangka usaha eq2u di dalam membantu pihak-pihak seperti Maahad-maahad Tahfiz di kala suasana yang sukar pada hari ini memberi dimensi baru jariah masyarakat dalam membuat kebajikan. Kami begitu terinspirasi dengan Hamba Allah yang dipanggil BONDA. Kudrat hamba Allah yang berusia 70+ ini tidak menampakkan usianya. Jika boleh ingin kami daftarkan beliau sebagai ahli Persatuan Belia Masjid Selangor.  

Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran beliau ke Maahad Tahfiz Al-Quran lil Muttaqin sebelumnya untuk melihat sendiri keperluan pelajar-pelajar Tahfiz ini terutamanya keperluan bekalan air bersih yang konsisten.  Keikhlasan beliau yang mengetuk hati sanak saudaranya, sahabat handainya, kariah suraunya di dalam mengumpul sumbangan bagi Tajaan Pelajar dan Waqf Telaga Air begitu meruntun hati kami. Jika susuk tua ini begitu bersemangat tanpa rasa malu dan cekal memohon bantuan bagi pihak Maahad Tahfiz, layaknya beliau memang seorang aktivis kebajikan yang wajib kami hormati. Bonda jangan risau, anak-anak Tahfiz ini akan sentiasa membasahkan lidah mereka untuk berdoa buat Bonda dan para dermawan.

Insha Allah akhlak Bonda ini kami jadikan tauladan dan contoh buat kami di eq2u agar terus berkhidmat dengan ikhlas kepada Ummah.

#kongsirezeki #makansamasama #samasamarasa

Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.

(Surah Muhammad : 7)

Blog-bonda.jfif?1605254792651

Komentar

Tidak ada posting yang ditemukan