Bismillahirrahmanirrahim (Basmalah).
Satu perkataan keramat yang mengubah kehidupan dan peradaban manusia.
Kalimah awal kalam al-Quran ini menjadi nadi budaya di dalam mengawali segala perbuatan yang baik. Nilai Basmalah kini yang hanya menjadi adat dan silibus peperiksaan pendidikan awal Islam akhirnya menyebabkan jauhnya maqasid Basmalah diturunkan kepada manusia.
Tahukah anda memahami Basmalah adalah perkara paling utama yang disampaikan Jibrail buat junjungan besar Nabi Muhamamad S.A.W?
Amat besar kerugian jika kita sebagai Umat Islam mengabaikan Pengetahuan asas ini. Dengan penyampaian secara Tadabbur Amali yang akan membuka minda dan menjentik hati untuk terus menghayati makna Ayat-ayat suci Al-Quran, kami ingin menjemput maayarakat untuk sama-sama meraikan perkongsian Ilmu dan kuliah oleh INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN LIL MUTTAQIN.
Terdapat pelbagai perkongsian rohani akan berlangsung secara dalam talian dan secara interaktif melalui platform-platform elektronik bagi memudahkan capaian dan secara norma baharu.
RM – RM
Platform EQ2U: Ekonomi Qurban Untuk Ummah adalah sebuah platform yang dibangunkan secara bersama oleh Yayasan Peradaban (Bani) Jawi Nusantara dengan kerjasama penyedia perkhidmatan kewangan Billplz.
Matlamat utama platform ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada semua organisasi seperti Masjid, Surau, Pertubuhan Bukan Kerajaan, Yayasan, Badan-Badan Kebajikan, Maahad-Maahad Tahfiz, Penternak-Penternak dan Syarikat-Syarikat yang bergiat secara aktif di dalam program-program Kebajikan secara amnya dan program-program terkait Ibadah Qurban secara khususnya.
© 2022 - 2025 Yayasan Peradaban (Bani) Jawi Nusantara. Powered by Multi-Vendor - Shopping Cart Software Design by EnergoThemes - CS-Cart Themes