Penerangan
[DERMA KILAT]
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Buat para dermawan yang dirahmati Allah,
Kami sentiasa cakna dalam menghadapi situasi bencana terutamanya hujan lebat dan angin kencang seperti yang berlaku di Madrasah Baitunnisa Ar-Rahimiyah Lil-Banat pada 16 Safar 1443H, bersamaan 22 September 2021. Sehubungan itu, kami di Persatuan Belia Masjid Negri Sembilan mengambil tanggungjawab untuk membantu urus dan menyelaraskan misi DERMA KILAT BAIKI BUMBUNG BENCANA RIBUT DI MBALB.
Klik untuk meneruskan jariah anda:
Kami mengharapkan sumbangan seikhlas hati demi meringankan beban mereka, apatah lagi semua terkesan dek pandemik covid-19.
مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ “Tidaklah sedekah itu mengurangi harta.”
(HR. Muslim)
تقبل الله منا ومنكم Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan darimu sekalian.
اللَّهُمَّ ربَّ النَّاسِ ، أَذْهِب الْبَأسَ ، واشْفِ ، أَنْتَ الشَّافي لا شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ ، شِفاءً لا يُغَادِرُ سقَماً Maksudnya: Ya Allah, Tuhan bagi manusia, hilanglah kesengsaraan, sembuhkan (yang sakit) Engkau adalah Zat yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit”
Riwayat Abu Daud (3883), Ibn Majah (3530), Ahmad (3615), al-Tabarani (10/213) dan al-Hakim (4/463)
Ulasan
No posts found