Penerangan
PANGGILAN KECEMASAN
JANGAN ABAIKAN MESEJ INI!
Berikutan banjir yang berlaku di sekitar negeri Johor, ada sebahagian penduduk telah terjejas apabila air mula memenuhi ruangan rumah sehingga paras yang membimbangkan. Keadaan ini akan menyebabkan kerosakan dan kemusnahan harta benda dan tempat tinggal penduduk.
Sehubungan dengan itu, Persatuan Belia Masjid Johor (PBMJ) dengan kerjasama Yayasan Peradaban Jawi Nusantara telah melancarkan TABUNG DERMA KILAT BENCANA BANJIR SELATAN bagi menyampaikan bantuan kepada penduduk-penduduk sekitar Johor yang terjejas dan memerlukan bantuan serta sumbangan.
Kami mensasarkan sebanyak RM 25,000.00 bagi mencukupkan jumlah bantuan yang akan disalurkan bagi membantu keluarga yang terjejas dengan banjir yang menimpa.
Ayuh bersama-sama kami demi membantu meringankan beban mereka. Sumbangan boleh disalurkan melalui :
Ulasan
No posts found