Program Kongsi Rezeki #Syawal adalah program kebajikan yang dianjurkan oleh Persatuan Belia Masjid Selangor dalam mengajak masyarakat di luar sana untuk sama-sama berkongsi sedikit rezeki yang Allah kurniakan bersama masyarakat komuniti yang memerlukan.

Alhamdulillah, hasil sokongan masyarakat di luar sana yang prihatin, kami telah berjaya melaksanakan 4 Fasa dengan penerima-penerima seperti berikut:

  • Fasa 1: 56 Keluarga Mualaf Masyarakat Orang Asli dari kariah Surau Al-Hidayah, Kampung Orang Asli Sg Lalang Baru, Semenyih
  • Fasa 2: 45 Keluarga Asnaf Masjid Kg Kuala Pajam, Beranang
  • Fasa 3: 45 Keluarga Asnaf kariah Surau Al-Falah Kg Sesapan Kelubi, Beranang
  • Fasa 4: 105 Keluarga Asnaf kariah Masjid Bandar Riching

   

Untuk Fasa yang seterusnya, Program Kongsi Rezeki #Syawal ini akan diteruskan kepada penerima berikut:

  • Fasa 5: 21 Buah Maahad Tahfiz di Semenyih
Entiti Qurban (1)
Lokasi
Penerima Agihan
Price