Program Kongsi Rezeki #MRSM adalah cetusan idea seorang pelajar Tingkatan 2 dari Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kubu Bharu. Ikuti kisah pelajar yang bernama Ammadil Iman ini.

Nama saya Ammadil Iman. Saya berumur 14 tahun dan bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kubu Baru (MRSM KKB) dalam tingkatan 2. 
Semasa suasana PKP, pembelajaran biasa saya terhenti dan saya terpaksa meneruskan kelas secara dalam talian. Sudah 3 bulan saya melalui kehidupan harian sebagai pelajar MRSM, tetapi di kampung halaman di Sg.Tekala, Semenyih, dalam kondisi PKP.
Rutin harian pembelajaran saya terbatas hanya di dalam handphone atau laptop. Tetapi inilah peluang saya meluangkan masa sepenuhnya bersama Umi saya yang tercinta. Yey!
Dalam waktu ini saya menyaksikan bagaimana Umi berusaha di dapur Restoran Ikan Bakar Mai Sini miliknya yang menjadi nadi jantung program Kebajikan #kongsirezekiraya dianjurkan oleh  Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS). Tanpa lelah Umi memasak dan menyediakan bungkusan agihan yang akan disumbangkan kepada asnaf-asnaf yang memerlukan.
Usaha kebajikan #kongsirezekiraya ini menyentuh hati saya dan mengajar saya untuk bersyukur. Sekecil-kecilnya saya cuba terlibat sama dalam kerja-kerja pembungkusan, tak dapat sumbang duit, sumbang tenaga pun jadilah. Yang penting ikhlas, kan?
Yang menariknya kawan-kawan dari INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN LIL MUTTAQIN (INSTAQLIM) juga turut menjadi sukrelawan turut  membantu dalam projek ni. Menurut mereka inilah  Tahfiz Vokasional! Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Betul, betul betul!
Dan kebetulan pulak, Pengetua INSTAQLIM ni bekas pelajar MRSM Jasin. Manakala Setiausaha PBMS adalah alumni MRSM Taiping! Lagi semangat lah saya. Mereka nilah yang masuk ceruk-ceruk Kg Orang Asli menyampaikan agihan yang kami bungkus. 
Rasanya saya kena beritahu semua kawan-kawan MRSM saya ni supaya menyokong usaha mulia ni. Lebih-lebih lagi dalam keadaan hari ini di mana ramai org jadi susah.
#kongsirezekiraya memang power!, asnaf, orang asli, muallaf, Maahad Tahfiz, dan lain-lain semua dapat dibantu. Jadi #jomkawankawan kita sama-sama sokong projek ni. Paling tidak kita boleh ajak ibubapa dan jiran tetangga kita untuk menyumbang. Mana tahu dengan usaha ni, pahala kita berganda-ganda. Kita masuk syurga sama-sama! 
#jomkawankawan
#mrsmbuatkebajikan.


Entiti Qurban (1)
Lokasi
Price