Penerangan
INI ADALAH MESEJ PENTING & SEGERA
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Johor akan menyampaikan bantuan kepada kakitangan yang memerlukan di Jabatan Penjara Malaysia, Pusat Koreksional Johor Bahru.
Untuk makluman, Pusat Koreksional Johor Bahru sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 28 Disember 2020 sehingga 10 Januari 2021 akibat penularan virus Covid-19 dalam kalangan kakitangan dan banduan.
Keadaan ini tentunya telah memberi kesan yang besar kepada mereka yang sedang bertungkus-lumus membendung wabak ini daripada sudut kewangan dan mental.
Antara keperluan yang mendesak dalam waktu getir ini adalah :
1) Set makananÂ
2) Kotak makanan
3) Keperluan frontliners
4) Set Kebersihan Diri
Kami memerlukan sebanyak RM 3,000.00 lagi bagi mencukupkan jumlah bantuan yang akan disalurkan bagi membantu keluarga dan individu memerlukan dalam kalangan rakyat terjejas dan petugas barisan hadapan.
Ayuh bersama-sama kami demi membantu meringankan beban mereka dan juga barisan hadapan kita. Sila klik di bawah untuk teruskan dengan sumbangan :-
Moga dengan keprihatian anda semua, amal jariah kebajikan ini dapat di laksanakan dengan jayanya.
#kongsirezeki #makansamasama #samasamarasa
Features
Ulasan
No posts found