Penerangan
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بسم الله الرحمن الحيم.
Minyak masak Hafeez adalah produk pertama keluaran KOPITAS. Sumber minyak kelapa sawit diperolehi daripada kilang-kilang penapisan didalam negara. Kemudian diproses dan dibotolkan di kilang Kopitas. Proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) minyak masak Hafeez telah pun dilaksanakan selama 2 tahun bermula tahun 2017-2018.
Untuk makluman, kami di Koperasi Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Selangor Berhad (KOPITAS) telah memulakan usaha dengan matlamat khusus untuk membantu Maahad-Maahad Tahfiz di Selangor melalui usaha Jualan Amal Minyak Masak Hafeez.
Melalui Jualan Amal ini, masyarakat berpeluang untuk membuat pembelian peribadi atau membuat sumbangan Minyak Masak Hafeez melalui pembelian ini untuk disumbangkan kepada maahad tahfiz, rumah kebajikan dan rumah anak yatim
Berikut adalah maklumat sumbangan/belian :
- Minyak masak 2 Liter x 1 Botol = RM15.80
- Minyak masak 5 Liter x 1 Botol = RM33.00
- Minyak masak 2 Liter x 9 Botol = RM120.80
- Minyak masak 5 Liter x 4 Botol = RM120.80
(Harga terkini dikemaskini pada 19 Oktober 2021 / 12 Rabiul Awwal 1443H)
Semoga Allah SWT merahmati setiap sumbangan yang diinfaqkan dan hanya Allah SWT sahaja mampu membalasnya.
Terima kasih.
Ulasan
No posts found