Penerangan
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بسم الله الرحمن الحيم.
Kit Ujian Kendiri COVID-19 digunakan sebagai ujian saringan yang dilakukan sendiri oleh individu. Ianya mempunyai kelebihan untuk mengesan status COVID-19 individu dengan cepat dan mudah. Sudah tentu ianya akan membantu Maahad-maahad Tahfiz terutamanya ketika proses pendaftaran kemasukan pelajar kelak.
Untuk makluman, kami di Koperasi Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Selangor Berhad (KOPITAS) telah memulakan usaha dengan matlamat khusus untuk membantu Maahad-Maahad Tahfiz di Selangor melalui usaha Jualan Amal Kit Ujian Kendiri COVID-19.
Melalui Jualan Amal ini, masyarakat berpeluang untuk membuat pembelian peribadi atau membuat sumbangan Kit Ujian Kendiri COVID-19 melalui pembelian ini untuk disumbangkan kepada maahad tahfiz, rumah kebajikan dan rumah anak yatim
Berikut adalah maklumat sumbangan/belian :
- Harga 1 KOTAK Kit Ujian Kendiri COVID-19 = RM262.00. Setiap kotak mengandungi 20 unit.
Semoga Allah SWT merahmati setiap sumbangan yang diinfaqkan dan hanya Allah SWT sahaja mampu membalasnya.
Terima kasih.
Ulasan
No posts found