Penerangan
السلام عليكم ورØÙ…Ø© الله وبركاته
Kami ingin menjemput masyarakat untuk turut sama menyertai Program Ibadah Qurban Perdana 1444H/2023M melalui Skim Tabungan Ibadah Qurban Dalam Talian (STIQDAT) anjuran bersama PERSATUAN PELAJAR ISLAM SELANGOR DARUL EHSAN (PEPIAS) CAWANGAN KUALA LANGAT dengan kerjasama Yayasan Peradaban Jawi Nusantara dan Persatuan Belia Masjid Selangor.
Program STIQDAT ini bermatlamat untuk memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk menyertai program Ibadah Qurban secara terancang melalui tabungan tanpa membebankan semua pihak, di samping dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT dan membantu golongan sasar yang layak sebagai penerima utama agihan daging qurban.
Cadangan Penerima Agihan Daging Qurban adalah terdiri daripada asnaf, Fakir miskin sekitar Kuala Langat.Â
Penyertaan Ibadah Qurban 1444H ANJURAN BERSAMA PEPIAS KUALA LANGAT, YPJN dan PBMS KINI DIBUKA!
1 Nasab (1 Bahagian)Â = RM 800.00
Kaedah Penyertaan:
- "Add To Cart" dan "Check Out" melalui Platform EQ2U. Bayaran Penuh.Â
- Ansuran untuk Program Qurban turut disediakan.Â
- Pelan Tabungan 1 = RM160.00 x 5 bulan
- Pelan Tabungan 2 = RM80.00 x 10 bulan
- Secara Potongan Standing Instruction (e-SI)
- Melalui Potongan Gaji ANGKASA
Kelebihan Membuat Ibadah Qurban Bersama Kami:
- Berpengalaman menguruskan lebih 490 bahagian (nasab) pada Ibadah Qurban 1441H, 1442H dan 1443H, yang mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan
- Berpengalaman menguruskan Program Ibadah Qurban sejak tahun 2008
- Perlaksanaan Ibadah Qurban DALAM NEGARA bagi membantu penternak TEMPATAN
- Skim Tabungan Ibadah Qurban Dalam Talian (STIQDAT) yang mendapat kelulusan JAKIMÂ
- Kebenaran mengambil deposit luar dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menerusi STIQDAT
- Rakan Strategik bersama Persatuan Belia Masjid Negeri-Negeri dan Cawangan
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-
- SDRA. NAZRI : +6011-6433-1644 (PEPIAS KUALA LANGAT)
- SDRI. NORASIMAH : +6011-3325-6684 (PBMS)
- EN. HAIRI : +6013-369-9234 (YPJN)
TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 22 APRIL 2023M
Attachments
Ulasan
No posts found