Penerangan
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
Kami dari PERMUAFAKATAN IBUBAPA & GURU INSTAQLIM (PuBGI) ingin menjemput masyarakat untuk turut sama menyertai Skim Tabungan Ibadah Qurban Dalam Talian (STIQDAT) bagi tujuan melaksanakan Program Ibadah Qurban di Institut Tahfiz Al-Quran Lil Muttaqin (INSTAQLIM).
Program STIQDAT ini bermatlamat untuk memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk menyertai program Ibadah Qurban secara terancang melalui tabungan tanpa membebankan semua pihak, di samping dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT dan membantu pihak-pihak yang wajar menerima agihan daging qurban.
Dengan Fi Pendaftaran serendah RM30, kami ingin menjemput semua untuk menyertai STIQDAT INSTAQLIM
Sekiranya anda telah membuat pendaftaran dan ingin membuat Caruman Tabungan STIQDAT bulanan, anda boleh klik pada pautan berikut
Ulasan
No posts found