Penerangan
السلام عليكم ورØÙ…Ø© الله وبركاته
Kami ingin menjemput masyarakat untuk turut sama menyertai Program Jom QURBAN bersama PMAPIUM : Kembara Ukhuwah Sulaman Silaturrahim Perdana 1443H melalui Skim Tabungan Ibadah Qurban Dalam Talian (STIQDAT) dengan kerjasama Persatuan Belia Masjid Wilayah Persekutuan.
Program STIQDAT ini bermatlamat untuk memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk menyertai program Ibadah Qurban secara terancang melalui tabungan tanpa membebankan semua pihak, di samping dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT dan membantu golongan sasar yang layak sebagai penerima utama agihan daging qurban.
Cadangan Penerima Agihan Daging Qurban adalah terdiri daripada asnaf, Fakir miskin di bawah penyeliaan Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM (PMAPIUM).Â
Penyertaan Ibadah Qurban 1443H ANJURAN BERSAMA PERSATUAN MAHASISWA AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UM (PMAPIUM) DAN PBMWP KINI DIBUKA!
1 Nasab (1 Bahagian)Â = RM 800.00
Kaedah Penyertaan:
- "Add To Cart" dan "Check Out" melalui Platform EQ2U.Â
- Bayaran Penuh serta Ansuran Bulanan serendah RM25.00 disediakan.Â
- Secara Potongan Standing Instruction (e-SI)
- Melalui Potongan Gaji ANGKASA
Kelebihan Membuat Ibadah Qurban Bersama Kami:
- Berpengalaman menguruskan lebih 490 bahagian (nasab) pada Ibadah Qurban 1441H dan 1442H, yang mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan
- Berpengalaman menguruskan Program Ibadah Qurban sejak tahun 2008
- Perlaksanaan Ibadah Qurban DALAM NEGARA bagi membantu penternak TEMPATAN
- Skim Tabungan Ibadah Qurban Dalam Talian (STIQDAT) yang mendapat kelulusan JAKIMÂ
- Kebenaran mengambil deposit luar dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menerusi STIQDAT
- Rakan Strategik bersama Persatuan Belia Masjid Negeri-Negeri dan Cawangan
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-
- SDRA. FATHI NAZRUDIN : +6013-206 3390 (PMAPIUM)
- EN. HAIRI : +6013-369-9234 (PBMWP)
TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 10 JUN 2022M
Daftar Segera!
Attachments
Ulasan
No posts found