Persatuan Seni Silat Setiabakti Malaysia

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. Pada 14 Januari 2021 (Jumaat), sekitar jam 10 malam, salah seorang pelatih Silat Setiabakti, Sdra. Khasan, telah ditimpa musibah kebakaran yang berpunca daripada litar pintas. Sdra. Khasan yang duduk seorang diri di Flat Taman Bakti peninggalan arwah emaknya, dianggarkan menanggung kerugian dan kemusnahan lebih kurang 80% harta dan barangan di dalam rumah akibat kemalangan ini. Oleh itu, Persatuan Seni Silat Setiabakti Malaysia melancarkan  TABUNG DERMA KILAT KEBAKARAN untuk membantu kebajikan mangsa bagi meneruskan kehidupan.  Ayuh bersama-sama kami membantu meringankan beban Sdra. Khasan. Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan Sdra. Kodir menerusi talian  WhatsApp .