Persatuan Belia Masjid Negeri Sembilan

Persatuan Belia Masjid Negeri Sembilan

Kami dari Persatuan Belia Masjid Negeri Sembilan meneruskan program #KongsiRezekiSyawal #MakanSamaSama bagi mengumpulkan dana barang keperluan dapur pada bulan Syawal yang mulia ini. Melalui kerjasama dengan Masjid Kundur Tengah, Pedas, Negeri Sembilan, kami ingin menjemput masyarakat di luar sana untuk bersama-sama berkongsi sedikit rezeki yang Allah SWT kurniakan untuk keluarga asnaf kariah setempat.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, Kami dari Persatuan Belia Masjid Negeri Sembilan meneruskan program  #KongsiRezeki #InfaqBarangDapur #MakanSamaSama  bagi mengumpulkan dana barang keperluan dapur. Kami diamanahkan untuk  mengumpulkan dana program  #KongsiRezeki #InfaqBarangDapur: Keperluan Barang Dapur  pada anggaran nilaian RM50/set bagi agihan kepada: Keluarga Asnaf sekitar Negeri Sembilan. تقبل الله منا ومنكم  Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan darimu sekalian. #asnaf #makansama-sama #samasamarasa #InfaqBarangDapur
Buat para dermawan yang dirahmati Allah,  Kami dari Persatuan Penduduk Taman Desa PD Rantau dengan kerjasama Persatuan Belia Masjid Negeri Sembilan, Masjid Taman Desa dan MPKK Kg Baru Sirusa dengan kerendahan hati menyeru semua lapisan masyarakat agar bersama-sama dalam menjayakan  Program #Kongsirezeki : Infaq Barang Dapur Dengan nilaian infaq R M15 utk seguni beras 5kg , kami mengharapkan  sumbangan seikhlas hati  demi menyantuni para fakir miskin dan asnaf-asnaf. Apatah lagi semua terkesan dek pandemik covid-19. Ayuh berjariah!
[DERMA KILAT] السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Buat para dermawan yang dirahmati Allah,  Kami sentiasa cakna dalam menghadapi situasi bencana terutamanya hujan lebat dan angin kencang seperti yang berlaku di Madrasah Baitunnisa Ar-Rahimiyah Lil-Banat pada 16 Safar 1443H, bersamaan 22 September 2021. Sehubungan itu, kami di  Persatuan Belia Masjid Negri Sembilan  mengambil tanggungjawab untuk membantu urus dan menyelaraskan misi  DERMA KILAT BAIKI BUMBUNG BENCANA RIBUT DI MBALB . Klik untuk meneruskan jariah anda: Kami mengharapkan sumbangan seikhlas hati demi meringankan beban mereka, apatah lagi semua...
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kami ingin menjemput masyarakat untuk turut sama menyertai  QURBAN MUSTADAFIN NEGERI SEMBILAN 1444H : Kembara Ukhuwah Sulaman Silaturrahim Perdana  melalui Skim Tabungan Ibadah Qurban Dalam Talian (STIQDAT)  dengan kerjasama Yayasan Peradaban Bani Jawi Nusantara (YPJN) . Program STIQDAT ini bermatlamat untuk memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk menyertai program Ibadah Qurban secara terancang melalui tabungan tanpa membebankan semua pihak, di samping dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT dan membantu golongan sasar yang layak sebagai penerima utama agihan daging qurban. Sasaran...