Waqf Laptop

Program ini merupakan satu program kebajikan yang mensasarkan keperluan pelajar-pelajar miskin dan asnaf yang merentas bangsa dan agama.

Keperluan ini amat penting dalam suasana norma baharu di mana pembelajaran pelajar-pelajar pada waktu ini menggunakan teknologi dalam talian sebagai perantara antara guru  dan pelajar. 

Justeru itu laptop telah menjadi alat yang sangat penting dan merupakan satu keperluan yang utama di dalam memastikan agenda pendidikan di bawa dengan berkesan.

Atas dasar keprihatinan, kami ingin mengajak semua lapisan masyarakat untuk sama-sama menyumbang di dalam Program Waqf Laptop ini. 

Semoga dengan sumbangan yang dihulurkan, lebih ramai pelajar-pelajar di Malaysia yang dapat meneruskan kelangsungan pendidikan mereka dengan terurus.

Para dermawan boleh mewaqfkan laptop atau alatan yang berkaitan seperti :

  • Laptop
  • Hardisk
  • RAM
  • Mouse 
  • Beg Laptop

ATAU

Boleh menyumbang Tunai melalui saluran di bawah:

Pendaftaran Waqif (Pewakaf)

Sekiranya anda berhasrat untuk mewakafkan harta milik anda, anda boleh berdaftar pada link berikut:

Pendaftaran Mawquf Alaih (Penerima Manfaat Waqf)

Sekiranya anda layak untuk memohon sebagai Mawquf Alaih (Penerima Manfaat Waqf), anda boleh berdaftar pada link berikut:


Entiti Qurban
Lokasi
Penerima Agihan
Price

Sidebar Subcategories Sidebar Subcategories

Featured Vendors Featured Vendors

Mawquf Alaih Produk Yang Diperlukan
Assalamualaikum saya memerlukan bantuan laptop utk pengajian anak saya yg sedang belajar di IPTA. anak sya mendaftar 1/8/2020 sehingga sekarang masih tidak memepunyai laptop 011-28158398
Mawquf Alaih Produk Yang Diperlukan
Program ini untuk membantu pihak Madrasah bagi mengumpulkan dana bagi pembelian 5 unit komputer riba bagi penambahbaikan pengurusan kakitangan dan pelajar. Dengan jariah anda sekecil RM10.00 mampu mengubah segalanya!
Mawquf Alaih Produk Yang Diperlukan
Saya Ammadil Iman, berhasrat untuk memiliki sebuah laptop yang boleh digunakan untuk pembelajaran dalam talian saya dan juga keperluan video editing bagi projek saya.  Terima kasih..saya telah menerima sebuah laptop hasil sumbangan. Janis ASUS, processor i7 dan 12G RAM. Alhamdulillah...
Mawquf Alaih Produk Yang Diperlukan
Assalamualaikum wbt,  Saya Syakirul memerlukan sebuah laptop dan sebuah meja belajar terpakai Untuk kegunaan kerja & anak-anak 0125507740