Program ini merupakan satu program kebajikan yang mensasarkan keperluan pelajar-pelajar miskin dan asnaf yang merentas bangsa dan agama.
Keperluan ini amat penting dalam suasana norma baharu di mana pembelajaran pelajar-pelajar pada waktu ini menggunakan teknologi dalam talian sebagai perantara antara guru dan pelajar.
Justeru itu laptop telah menjadi alat yang sangat penting dan merupakan satu keperluan yang utama di dalam memastikan agenda pendidikan di bawa dengan berkesan.
Atas dasar keprihatinan, kami ingin mengajak semua lapisan masyarakat untuk sama-sama menyumbang di dalam Program Waqf Laptop ini.
Semoga dengan sumbangan yang dihulurkan, lebih ramai pelajar-pelajar di Malaysia yang dapat meneruskan kelangsungan pendidikan mereka dengan terurus.
Para dermawan boleh mewaqfkan laptop atau alatan yang berkaitan seperti :
ATAU
Boleh menyumbang Tunai melalui saluran di bawah:
Sekiranya anda berhasrat untuk mewakafkan harta milik anda, anda boleh berdaftar pada link berikut:
Sekiranya anda layak untuk memohon sebagai Mawquf Alaih (Penerima Manfaat Waqf), anda boleh berdaftar pada link berikut:
Platform EQ2U: Ekonomi Qurban Untuk Ummah adalah sebuah platform yang dibangunkan secara bersama oleh Yayasan Peradaban (Bani) Jawi Nusantara dengan kerjasama penyedia perkhidmatan kewangan Billplz.
Matlamat utama platform ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada semua organisasi seperti Masjid, Surau, Pertubuhan Bukan Kerajaan, Yayasan, Badan-Badan Kebajikan, Maahad-Maahad Tahfiz, Penternak-Penternak dan Syarikat-Syarikat yang bergiat secara aktif di dalam program-program Kebajikan secara amnya dan program-program terkait Ibadah Qurban secara khususnya.
© 2022 - 2025 Yayasan Peradaban (Bani) Jawi Nusantara. Powered by Multi-Vendor - Shopping Cart Software Design by EnergoThemes - CS-Cart Themes