Dalam menyahut seruan Allah untuk memakmurkan masjid-masjid, juga bagi merealisasikan tujuan pembinaan kemudahan ini dengan sebaik-baiknya, sebagaimana yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W, Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS) merasakan bahawa perlunya program-program yang mampu mengimarahkan masjid terutamanya melibatkan kalangan para belia. Bermula dari itulah pihak kami mengambil inisiatif menubuhkan persatuan yang didaftarkan di bawah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia serta mencari peluang mengadakan program-program agar masjid-masjid yang sedia ada mampu dimanfaatkan sepenuhnya mengikut Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah Rasul-Nya.
Tercetusnya idea ini bermula atas landasan aktiviti-aktiviti yang pernah diadakan di kawasan masjid-masjid bermula dari tahun 2006 lagi. Antara aktiviti-aktiviti itu ialah Program Kelas Bimbingan secara percuma pada setiap hari ahad di beberapa masjid di mukim Semenyih, Program khatan anak-anak asnaf bersama Lembaga Zakat Selangor di Masjid Raja Alang, Beranang dan Program Ambang Kasih iaitu perkhemahan 3 hari 2 malam di kawasan Masjid Felda Bukit Damar.
Pihak kami juga telah mengadakan perbincangan bersama Pegawai Kanan dari Cawangan Sahsiah di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan kemudian beliau mencadangkan agar usaha-usaha sebegini sewajarnya diteruskan serta patut didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Atas dorongan tersebut pihak kami telah terpanggil untuk mendaftarkan persatuan ini dan Alhamdulillah, berjaya disijilkan pada tarikh 17 Julai 2008.
Mengambil dari pepatah Melayu “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” maka fokus perlaksanaan program-program belia dimulakan dari peringkat umur 15 tahun hingga 40 tahun. Selain mudah terpengaruh mereka juga masih boleh dibentuk dan diberi kefahaman serta masih memerlukan bimbingan peringkat awal.
Program-program ini dipilih kerana ianya bersesuaian dengan misi dan visi penubuhan Persatuan iaitu melaksanakan aktiviti – aktiviti berkaitan ibadah dan kebajikan, kemasyarakatan, menyumbang tenaga kepada masyarakat Islam, menjana masyarakat Rabbaniah dan mengembangkan misi Rahmatan lil ‘alamin,Insya’ALLAH.
Platform EQ2U: Ekonomi Qurban Untuk Ummah adalah sebuah platform yang dibangunkan secara bersama oleh Yayasan Peradaban (Bani) Jawi Nusantara dengan kerjasama penyedia perkhidmatan kewangan Billplz.
Matlamat utama platform ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada semua organisasi seperti Masjid, Surau, Pertubuhan Bukan Kerajaan, Yayasan, Badan-Badan Kebajikan, Maahad-Maahad Tahfiz, Penternak-Penternak dan Syarikat-Syarikat yang bergiat secara aktif di dalam program-program Kebajikan secara amnya dan program-program terkait Ibadah Qurban secara khususnya.
© 2022 - 2025 Yayasan Peradaban (Bani) Jawi Nusantara. Powered by Multi-Vendor - Shopping Cart Software Design by EnergoThemes - CS-Cart Themes