Penerangan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Buat para dermawan yang dirahmati Allah,
Kami dari Persatuan Belia Masjid Selangor dengan kerendahan hati menyeru semua lapisan masyarakat sudi kiranya agar bersama-sama dalam memberi Sumbangan Keperluan #kongsirezeki #infaqkesihatan: Sumbangan Dana untuk pembedahan.
Puan Norazlin binti Murah amat memerlukan sumbangan dana untuk pembedahan anak lelakinya yang masih kecil, berumur 4 tahun yang mengidap ketumbuhan di otak sehingga menghimpit sarafnya akibat pembesaran ketumbuhan itu.
Keadaan adik Muhammad Hakim Zikri bin Zulkefli sangat kritikal.
Kami mengharapkan sumbangan seikhlas hati demi meringankan beban beliau, apatah lagi semua terkesan dek pandemik covid-19.
مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ
“Tidaklah sedekah itu mengurangi harta.”
(HR. Muslim)
تقبل الله منا ومنكم
Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan darimu sekalian.
Adik Hakim, semoga kesembuhan buat mu..
اللَّهُمَّ ربَّ النَّاسِ ، أَذْهِب الْبَأسَ ، واشْفِ ، أَنْتَ الشَّافي لا شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ ، شِفاءً لا يُغَادِرُ سقَماً
Maksudnya: Ya Allah, Tuhan bagi manusia, hilanglah kesengsaraan, sembuhkan (yang sakit) Engkau adalah Zat yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit”
Riwayat Abu Daud (3883), Ibn Majah (3530), Ahmad (3615), al-Tabarani (10/213) dan al-Hakim (4/463)
Klik untuk meneruskan jariah anda:
Ulasan
No posts found