Please sign in so that we can notify you about a reply
Penerangan
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) Fakulti Pendidikan, mengambil peduli tentang kebajikan dan intelektual mahasiswa di Fakulti Pendidikan. Ramai mahasiswa mengalami masalah kekurangan wang perbelanjaan disebabkan kos sara hidup yang tinggi yang terpaksa ditanggung. Ada daripada mereka yang mempunyai bilangan adik beradik yang ramai dan masih belajar namun pendapatan keluarga adalah rendah dan tidak dapat menampung perbelajaan yang diperlukan. Ada juga mahasiswa yang tidak mendapat penginapan di kolej kediaman disebabkan kekurangan kuota dan mereka perlu menyewa di kawasan luar universiti yang semestinya kosnya lebih mahal merangkumi kos sewa rumah dan kos pengangkutan. Asbab masalah ini, ramai mahasiswa yang perlu mengikat perut dan membuat catuan makanan seharian.
KMUM Pendidikan juga ingin memberi penghargaan kepada mahasiswa yang mempunyai potensi yang baik dalam akademik. Inisiatif memberi sumbangan barangan pembelajaran juga adalah salah satu perancangan yang ingin dilaksanakan untuk diberikan kepada mahasiswa yang berkeperluan.
Sumbangan ini dikumpulkan untuk melaksanakan beberapa inisiatif bagi membantu mahasiswa berkeperluan di Fakulti Pendidikan dari sudut kebajikan dan intelektual. Dengan inisiatif ini, diharapkan dapat meringankan beban mahasiswa Fakulti Pendidikan sekaligus mengembalikan senyuman dan semangat mereka bagi meneruskan kehidupan seharian dan belajar sehingga memperoleh kejayaan.
Ulasan
No posts found