Store:
Wasiyyah Shoppe Berhad
Feedback
0.00
(0 ulasan)
Lokasi:
Hubungi vendor

About us

Wasiyyah Shoppe Berhad ditubuhkan pada 5hb Mei 2004. Mula beroperasi dari pejabat di tingkat 42 Menara 2 KLCC. Objektif penubuhan syarikat semenjak awal penubuhan ialah untuk memperkenalkan kaedah perancangan harta secara Syariah kepada umat Islam Malaysia. Wasiyyah Shoppe Berhad ialah organisasi pertama yang telah secara sistematik dan agresif memperkenalkan kaedah hibah pada 2004. Dengan bimbingan ahli Lembaga Pengarah profesional yang berpengalaman luas di dalam dunia korporat,  Panel Syariah berpengetahuan tinggi di dalam fiqh mawarith dan pengurusan yang muda dan dinamik, Wasiyyah Shoppe Berhad hari ini memegang reputasi sebagai syarikat amanah patuh syariah yang menawarkan produk dan perkhidmatan paling komprehensif dan diyakini di Malaysia.