Wasiyyah Shoppe Berhad ditubuhkan pada 5hb Mei 2004. Mula beroperasi dari pejabat di tingkat 42 Menara 2 KLCC. Objektif penubuhan syarikat semenjak awal penubuhan ialah untuk memperkenalkan kaedah perancangan harta secara Syariah kepada umat Islam Malaysia. Wasiyyah Shoppe Berhad ialah organisasi pertama yang telah secara sistematik dan agresif memperkenalkan kaedah hibah pada 2004. Dengan bimbingan ahli Lembaga Pengarah profesional yang berpengalaman luas di dalam dunia korporat, Panel Syariah berpengetahuan tinggi di dalam fiqh mawarith dan pengurusan yang muda dan dinamik, Wasiyyah Shoppe Berhad hari ini memegang reputasi sebagai syarikat amanah patuh syariah yang menawarkan produk dan perkhidmatan paling komprehensif dan diyakini di Malaysia.
Platform EQ2U: Ekonomi Qurban Untuk Ummah adalah sebuah platform yang dibangunkan secara bersama oleh Yayasan Peradaban (Bani) Jawi Nusantara dengan kerjasama penyedia perkhidmatan kewangan Billplz.
Matlamat utama platform ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada semua organisasi seperti Masjid, Surau, Pertubuhan Bukan Kerajaan, Yayasan, Badan-Badan Kebajikan, Maahad-Maahad Tahfiz, Penternak-Penternak dan Syarikat-Syarikat yang bergiat secara aktif di dalam program-program Kebajikan secara amnya dan program-program terkait Ibadah Qurban secara khususnya.
© 2022 - 2025 Yayasan Peradaban (Bani) Jawi Nusantara. Powered by Multi-Vendor - Shopping Cart Software Design by EnergoThemes - CS-Cart Themes