Store:
Persatuan Seni Silat Setiabakti Malaysia
Feedback
0.00
(0 ulasan)
Lokasi:
Hubungi vendor

Contact

Pada tahun 1994, Persatuan Seni Silat Setiabakti telah didaftarkan dan telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Kini, setelah mempelajari kurang lebih dari sepuloh jenis persilatan Melayu, Guru Dahlan Karim telah mengembangkan Perguruan Seni Silat Setiabakti hingga kebeberapa negeri di Malaysia dan luar Negara. Seni dan teknik Perguruan Seni Silat Setiabakti adalah RINGKASMUDAH dipelajari dan BERKESAN. Seni dan teknik Buah Pukulan telah dipilih dari kaedah yang terbaik dari persilatan yang telah dipelajari oleh Guru Dahlan Karim.

Pertubuhan ini sedia melatih Silat Setiabakti kepada pengamal beladiri sama ada dari aliran silat atau apa jua aliran yang berminat mengembangkannya di tempat masing-masing dan turut bersedia melatih pelajar/mahasiswa, remaja serta orang dewasa lelaki dan wanita, pegawai keselamatan, ahli-ahli kelab dan persatuan-persatuan sama ada yang telah atau belum pernah belajar seni beladiri. Diharapkan agar Seni Silat Setiabakti dapat berkembang ke seluruh negara dan luar negeri seiring dengan kejayaan silat-silat yang terkemuka di Malaysia dewasa ini.

Contact info
No. 2201, Jalan Permata 10, Taman Permata, Hulu Kelang, 53300 Kuala Lumpur , Selangor Malaysia
+60-111-577-6687