Pada tahun 1994, Persatuan Seni Silat Setiabakti telah didaftarkan dan telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Kini, setelah mempelajari kurang lebih dari sepuloh jenis persilatan Melayu, Guru Dahlan Karim telah mengembangkan Perguruan Seni Silat Setiabakti hingga kebeberapa negeri di Malaysia dan luar Negara. Seni dan teknik Perguruan Seni Silat Setiabakti adalah RINGKAS, MUDAH dipelajari dan BERKESAN. Seni dan teknik Buah Pukulan telah dipilih dari kaedah yang terbaik dari persilatan yang telah dipelajari oleh Guru Dahlan Karim.
Pertubuhan ini sedia melatih Silat Setiabakti kepada pengamal beladiri sama ada dari aliran silat atau apa jua aliran yang berminat mengembangkannya di tempat masing-masing dan turut bersedia melatih pelajar/mahasiswa, remaja serta orang dewasa lelaki dan wanita, pegawai keselamatan, ahli-ahli kelab dan persatuan-persatuan sama ada yang telah atau belum pernah belajar seni beladiri. Diharapkan agar Seni Silat Setiabakti dapat berkembang ke seluruh negara dan luar negeri seiring dengan kejayaan silat-silat yang terkemuka di Malaysia dewasa ini.
Platform EQ2U: Ekonomi Qurban Untuk Ummah adalah sebuah platform yang dibangunkan secara bersama oleh Yayasan Peradaban (Bani) Jawi Nusantara dengan kerjasama penyedia perkhidmatan kewangan Billplz.
Matlamat utama platform ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada semua organisasi seperti Masjid, Surau, Pertubuhan Bukan Kerajaan, Yayasan, Badan-Badan Kebajikan, Maahad-Maahad Tahfiz, Penternak-Penternak dan Syarikat-Syarikat yang bergiat secara aktif di dalam program-program Kebajikan secara amnya dan program-program terkait Ibadah Qurban secara khususnya.
© 2022 - 2024 Yayasan Peradaban (Bani) Jawi Nusantara. Powered by Multi-Vendor - Shopping Cart Software Design by EnergoThemes - CS-Cart Themes