Store:
Koperasi Tani Ehsan Selangor Berhad
Feedback
0.00
(0 reviews)
Location:
Contact vendor

About us

Koperasi ini dikenali sebagai Koperasi Tani Ehsan Selangor Berhad (KOPTES) yang ditubuhkan 24hb Julai 2012. ia merupakan sebuah koperasi yang menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian, penternakan, perladangan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain termasuklah peruncitan, pembekalan dan pemborongan yang berkaitan dengannya. Selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan hasil pertanian negara, koperasi telah mengambil inisiatif untuk membantu usaha kerajaan yang murni ini. Hal yang demikian bagi memenuhi 30% bekalan makanan asas dalam negara.

Bagi projek penanaman sayur-sayuran, tanaman kontan, buah-buahan tempatan, ternakan darat dan air tawar koperasi memandang berat untuk membekalkan produk yang berkualiti, selamat dimakan serta berkhasiat bagi memenuhi permintaan pasaran. Permintaan pasaran ini bukan sahaja bagi memenuhi pasaran tempatan, malah koperasi juga merancang bagi memenuhi permintaan pasaran global.

Koperasi mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang pertanian selama 25 tahun terutamanya dari segi pembekalan, antaranya penglibatan secara langsung oleh kakitangan koperasi di dalam pengurusan. Koperasi ini sedang berusaha untuk menjalankan suatu projek yang melibatkan peruncitan, pembekalan dan pemborongan.