Institut Tahfiz Al-Quran Lil-Muttaqin (INSTAQLIM) ini didirikan atas seruan Allah dan tanggungjawab Jemaah khususnya Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS).
Pada dasarnya, kepentingan pembangunan Modal Insan yang diutamakan oleh PBMS menjadi dorongan kepada tercetusnya penubuhan MTAQLIM ini.
Objektifnya adalah untuk menjadi pusat menjana Modal Insan Rabbani berteraskan Al-Quran dan Sunnah.
Kehadiran dan sokongan Pengarah Jabatan Agama Islam pada 4 Rabiul Akhir 1434H memberi satu suntikan semangat untuk kami benar-benar merealisasikan matlamat MTAQLIM sehingga keagungan Al-Quran dan penghayatan Sunnah benar-benar berada dalam lingkungan pelajar dan warga MTAQLIM sebelum disebarkan kepada masyarakat. Insya Allah.
Platform EQ2U: Ekonomi Qurban Untuk Ummah adalah sebuah platform yang dibangunkan secara bersama oleh Yayasan Peradaban (Bani) Jawi Nusantara dengan kerjasama penyedia perkhidmatan kewangan Billplz.
Matlamat utama platform ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada semua organisasi seperti Masjid, Surau, Pertubuhan Bukan Kerajaan, Yayasan, Badan-Badan Kebajikan, Maahad-Maahad Tahfiz, Penternak-Penternak dan Syarikat-Syarikat yang bergiat secara aktif di dalam program-program Kebajikan secara amnya dan program-program terkait Ibadah Qurban secara khususnya.
© 2022 - 2025 Yayasan Peradaban (Bani) Jawi Nusantara. Powered by Multi-Vendor - Shopping Cart Software Design by EnergoThemes - CS-Cart Themes