Penerangan
Program Community Serve Indigenous merupakan projek anjuran Kluster Pembangunan Komuniti dan Kebajikan Sosial, Sekretariat Sukarelawan Universiti Malaya yang mengetengahkan kesedaran masyarakat terutamanya para mahasiswa mengenai permasalahan hidup masyarakat orang asli. Tujuan program ini dianjurkan adalah bermatlamatkan konsep bantu-membantu di samping mempelajari kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah.Â
Oleh demikian, program kami menjalankan satu inisiatif bagi mengumpul dana melalui medium ‘Crowdfunding’ bagi membantu masyarakat orang asli memerlukan bantuan dari segi bantuan barangan asas seperti hamper makanan dan keperluan barang pendidikan. ‘Crowdfunding’ merupakan salah satu proses pengumpulan dana yang dijalankan secara atas talian untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk memberi sumbangan dana kepada golongan sasaran. Â
Sehubungan dengan itu, Community Serve Indigenous bekerjasama dengan NGO Rumah Baca menyasarkan sebanyak RM5,000 sumbangan untuk disalurkan kepada perkampungan orang asli Sungai Siput, Perak. Sumbangan yang dikumpul akan disalurkan kepada golongan perkampungan orang asli Sungai Siput, Perak pada 13 Mei 2022 sehingga 15 Mei 2022 sewaktu program dijalankan. Diharapkan kepada sesiapa yang ingin menyumbang sumbangan, anda boleh menggunakan platform Ekonomi Qurban Untuk Ummah (EQUM). Sumbangan boleh diberi melalui bentuk:
1. WangÂ
2. Barangan dapur
3. Barangan kelengkapan sekolah
4. Pakaian
5. Buku pendidikan seperti buku rujukan dan buku Latihan
Semoga sumbangan yang dihulurkan mampu memberi sinar harapan kebahagian kepada penduduk perkampungan orang asli. Marilah bersama kita menghulurkan bantuan dan sumbangan!Â
WE RISE BY LIFTHING OTHERS
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi :
(Hanan Nasuha) - https://wa.me/01110839369
(Megat Shazril) Â - https://wa.me/0175679970
Untuk maklumat lanjut , sila ikuti laman media social rasmi kami;
Instagram:
https://www.instagram.com/csi_...
"Unity in Diversity"
#communityserveindigenous
#csium
#sekrum
#sekrumterbaik
Ulasan
No posts found