Store:
Koperasi Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Selangor (KOPITAS)
Feedback
0.00
(0 reviews)
Location:
Contact vendor

About us

SEJARAH PENUBUHAN

Pada tahun 2015 AMM PITAS telah membuat keputusan untuk menubuhkan Koperasi untuk PITAS.

Permohonan telah dibuat secara rasmi kpd Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Alhamdulillah telah mendapat kelulusan untuk penubuhan  Koperasi Institusi Tahfiz AL-Quran Selangor Berhad atau nama singkatan KOPITAS pada bulan April 2016 yg lalu.

Sejurus itu mesyuarat penubuhan juga telah diadakan bersama AMM PITAS & sebahagian  ahli2 PITAS pada bulan lepas di Wisma Hafiz Klang.

Visi

“KOPITAS International” ditakrifkan Koperasi Islam utama dalam perniagaan peringkat Global yang inovatif berlandaskan prinsip Syariah untuk Mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat

Misi

  • Menyumbang kepada kepentingan dan kecemerlangan Islam menerusi segala urusan dan aktiviti niaga yang kami ceburi.
  • Menerapkan nilai-nilai etika Islam secara menyeluruh di dalam segala aspek urusan perniagaan .
  • Menjalankan misi dakwah dan kerja-kerja penyebaran ajaran Islam melalui KOPITAS.
  • Mendidik  dan membimbing masyarakat agar mempunyai daya fikiran yang tinggi dan berakhlak mulia, menerusi perniagaan KOPITAS
  • Melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing, inovatif dan berkepakaran tinggi menerusi usaha-usaha yang berterusan di dalam membangunkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan modal insan.
  • Sentiasa berusaha untuk member sumbangan yang positif terhadap mana-mana bidang industri, perniagaan, persekitaran dan kemasyarakatan yang diceburi oleh KOPITAS
  • Berpengetahuan dan bersedia menghadapi cabaran perniagaan global
  • Menambah ilmu perniagaan di peringkat Global
  • Menawarkan pulangan yang munasabah dan mampan kepada para pemegang saham