A: Terima kasih kerana berminat untuk menyertai komuniti Entiti EQ2U. Untuk pendaftaran, anda boleh layari pautan berikut "Berdaftar sebagai Entiti EQ2U"
A: Untuk masa yang terhad ini, kami tidak mengenakan sebarang yuran penyertaan untuk setiap entiti yang ingin menyertai kami di dalam Komuniti Entiti EQ2U.
A: Setiap pelanggan yang membuat sumbangan melalui plaform EQ2U tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan. Sebagai contoh, sekiranya pelanggan ingin menyumbang sebanyak RM30, jumlah yang akan dicaj dari akaun bank adalah RM30.
A: Setiap sumbangan yang diterima oleh entiti EQ2U tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan. Sebaliknya, Entiti EQ2U akan menerima jumlah sumbangan bersih selepas ditolak Caj Transaksi RM1.50 dan Caj Penyelenggaraan 1.06%.
Contoh Pengiraan:
Jumlah Sumbangan Bersih = Jumlah Sumbangan yang diterima - Caj Transaksi RM1.50 - Caj Penyelenggaraan 1.06%
Untuk sumbangan RM30
Jumlah Sumbangan Bersih = RM30 - RM1.50 - RM0.30 = RM28.20
A: Platform EQ2U membawa maksud Ekonomi Qurban Untuk Ummah, di mana prinsip platform ini dibina bagi memupuk dan menyemai semangat pengorbanan dalam diri masyarakat agar dapat bersama-sama membina perekonomian ummah.
A: Platform EQ2U ini dibina sepenuhnya oleh Persatuan Belia Masjid Selangor.
A: Platform EQ2U ini dibina dengan matlamat untuk memudahkan urusan program kebajikan dan ibadah seperti Program Ibadah Qurban, Program Kebajikan, Bazaar Asnaf dan Medan Waqf.
Platform EQ2U: Ekonomi Qurban Untuk Ummah adalah sebuah platform yang dibangunkan secara bersama oleh Yayasan Peradaban (Bani) Jawi Nusantara dengan kerjasama penyedia perkhidmatan kewangan Billplz.
Matlamat utama platform ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada semua organisasi seperti Masjid, Surau, Pertubuhan Bukan Kerajaan, Yayasan, Badan-Badan Kebajikan, Maahad-Maahad Tahfiz, Penternak-Penternak dan Syarikat-Syarikat yang bergiat secara aktif di dalam program-program Kebajikan secara amnya dan program-program terkait Ibadah Qurban secara khususnya.
© 2022 - 2025 Yayasan Peradaban (Bani) Jawi Nusantara. Powered by Multi-Vendor - Shopping Cart Software Design by EnergoThemes - CS-Cart Themes