Program 1 Tahfiz 1 Sangkar: Latihan Praktikal Perikanan

Noor Hafiz Hj Kamaruddin
08/05/2025
0

6 Zulkaedah 1446H, Ulu Semenyih - Alhamdulillah seramai 8 orang pelajar daripada Maahad Tahfiz Al-Ikhwan berjaya menyertai satu sesi program latihan praktikal perikanan dibawah program “1 Tahfiz 1 Sangkar” anjuran Yayasan Peradaban Jawi Nusantara (YPJN) yang bertempat di Maahad Tahfiz Al- Quran Lil-Muttaqin (INSTAQLiM).

Program yang bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 12.30 tengahari ini dikelolakan sepenuhnya oleh Jurulatih Perikanan yang juga merupakan Timbalan Pengerusi YPJN iaitu Ustaz Shahril Bin Mohamad. 

Para peserta melakukan aktiviti praktikal membuka dan memindahkan jaring, mengredkan ikan serta menyiang dan membungkus ikan.

Sebanyak 17kg ikan tilapia dan 5kg ikan keli bernilai RM 330 telah disedekahkan kepada tahfiz ini pada kali ini.

Moga sesi latihan praktikal akan dapat terus dijalankan.

Pihak YPJN merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada penyumbang dan pewakaf sangkar.

Individu atau korporat yang berminat menyumbang atau berwakaf bolehlah melayari laman web eq2u dibawah untuk maklumat lanjut.

Hubungi Biro Dakwah & Kebajikan untuk pertanyaan.

Pn Ayu: 019 - 365 4871
Pn Ati : 019 - 226 0650
Cik Nora : 011 - 3325 6684

Akaun INSTAQLiM:
Bank Islam Maahad Tahfiz Al-Quran lil-Muttaqin
1219 5010 0041 62
Ruj: Wakaf Sangkar

Derma Sekarang


Comments

No posts found